Home
Banner

Tahniah !!!! Pelajar Rehal Centre Lulus Ujian Kelayakan

Rehal Centre mengucapkan tahniah kepada 5 orang pelajar yang berjaya dalam ujian kelayakan kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAI) baru-baru ini. Untuk pengetahuan, kesemua pelajar Rehal Centre lulus dengan cemerlang seterusnya melayakkan diri ke tahun satu pada tahun depan. Kira-kira 400 orang telah menduduki peperiksaan bertulis tersebut yang merangkumi subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Jawi dan Bahasa Arab. Menurut sumber, hanya 200 orang yang layak dengan kelulusan purata 90% hingga 100% sahaja yang diterima. 5 orang pelajar tersebut ialah:-

1) Mohd Irhan Bakhtiar b Bahrim
2) Mohd Imran Zufairy
3) Nor Atikah Anis bt Suhaimi
4) Nur Balqis bt Mohd Khairunnizam
5) Siti Hawa bt Anuar

Rehal Centre telah mengambil pendekatan mengadakan kelas persediaan secara intensif kepada para pelajar ini dan alhamdulillah usaha ini ternyata berkesan.

{mosgoogle}

 

 
 

REHAL POLL
Apakah kreteria paling penting TASKA pilihan anda ?
 
Visitor
054108
Today32
Yesterday92