Home
Banner
News
Rehal Centre menerima tauliah Syarikat SLDN

Rehal Centre telah menerima tauliah perlantikan sebagai Syarikat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) secara rasminya daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia pada 26 September 2011. Pentauliahan yang berkuatkuasa bermula 27 Julai 2011 sehingga 26 Julai 2014 memberikan pengiktirafan kepada Rehal Centre untuk menawar, mentadbir dan mengekalkan mutu SLDN dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Dengan ini Rehal Centre akan disertai oleh para guru yang sedang mengikuti latihan dalam bidang ini.

Featured Topic
Anak-anak memang suka bermain

SEMUA kanak-kanak gemar bermain malah mereka bermain setiap masa tanpa mengira waktu.  Ada ibu bapa bimbang sekiranya anak mereka bermain sehingga malas belajar. Namun kajian pakar kanak-kanak menunjukkan, selain boleh membuatkan kanak-kanak leka, bermain juga adalah proses pembelajaran paling berkesan serta memantapkan pemikiran mereka. Untuk melihat sama ada kanak-kanak itu serius atau tidak, lihat ketika mereka bermain. Ini kerana kanak-kanak akan memberikan tumpuan seratus peratus ketika mereka bermain.

Antara permainan yang boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia 18 sehingga 24 bulan ialah melatih mereka untuk mendengar cerita yang dibacakan menerusi buku sekurang-kurangnya lima minit setiap hari. Lakukan hubung kait menerusi gambar dengan aktiviti yang pernah dilakukan suatu ketika dulu, tunjukkan gambar kemudian minta anak anda menamakan haiwan itu, sebut lebih 50 perkataan dengan terang dan beri jawapan ringkas pada setiap persoalan anak anda.

Setiap hari ibu bapa harus meluangkan masa 20 minit bersama anak-anak sama ada melakukan aktiviti bermain atau belajar.Pertemuan ini harus dilakukan setiap hari secara bersemuka. Bermain dan belajarlah bersama anak.Ini kerana cara ini mampu mewujudkan perhubungan yang sihat serta mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain. Namun jangan sesekali memberikan tekanan kepada anak dengan mengharapkan mereka mampu melakukan seperti mana keinginan ibu bapa.

Setiap anak juga menunjukkan perkembangan berbeza justeru, jangan membeza-bezakan anak anda dengan anak orang lain. Bagi memberikan sifat yakin, harga diri serta bersemangat tinggi. Selain perkembangan minda menerusi aktiviti bermain, penting untuk melengkapkan kanak-kanak dengan stimulasi dan khasiat pemakanan sesuai.

Cara terbaik memastikan anak-anak mencapai potensi diri adalah dengan memastikan mereka menerima pelbagai khasiat makanan. Ia seperti membina menara menggunakan batu-bata. Asas yang kukuh dan stabil diperlukan agar anda mampu membina bangunan setinggi mungkin.

Walaupun acara ini dikhaskan untuk kanak-kanak, pada masa sama kami ingin mendidik ibu bapa mengenai peraturan asas ketika memilih khasiat sesuai untuk kanak-kanak. Pemakanan mereka harus mengandungi kombinasi khasiat seimbang untuk menyokong pertumbuhan secara menyeluruh.

Hasil penyelidikan menunjukkan peningkatan pengambilan DHA tidak mencukupi untuk membantu perkembangan otak mereka. Perkembangan otak yang lengkap memerlukan khasiat kombinasi lemak (omega 3, asid lemak omega 6 dan fosfolipid), vitamin dan mineral (kolina, besi dan zink).

Ramai ibu bapa percaya DHA dan AA saja sudah mencukupi untuk perkembangan otak anak mereka. Justeru, ibu bapa biasanya akan menggandakan pengambilan DHA dan AA dan mengabaikan khasiat lain yang sama atau lebih penting dalam membantu perkembangan mental mereka secara menyeluruh. Sistem nutrisi Eye-Q di Gain Plus mengandungi kombinasi khasiat diperlukan kanak-kanak iaitu DHA, AA, asid alfa linolenik (ALA), asid linoleik (AA), fosfolipid, kolina, taurina, zat besi dan zink bagi memudahkan kanak-kanak mendapatkan khasiat lengkap untuk perkembangan otak mereka.

Sumber : harian metro Rabu 6/7/2010

Temasya Sukaneka Tahun 2007

Pada 20 Mei 2007 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Temasya Sukaneka Tahun 2007 yang menggabungkan empat tadika sekitar Seksyen 8 melibatkan 180 pelajar tadika telah diadakan. Tadika yang terlibat adalah Adik Bestari CDC, Loving Crystal CEC, PJKK Comel Sayang,Rehal Centre dan Little Geniuses. Program ini antara lain bermatlamat untuk merapatkan ukhuwah antara pengusaha-pengusaha tadika dan memupuk semangat kesukanan di kalangan anak-anak.

Bermula seawal 8.00 pagi, para ibu-bapa bersama anak masing-masing mendaftarkan diri di kaunter Tadika masing-masing. Setiap yang mendaftar telah diberikan kupon untuk mendapatkan makanan dan minuman, borang untuk acara 'meneka coklat dalam balang' serta nombor untuk cabutan bertuah.

Pendaftaran

 Oleh kerana perasmian hanya akan dimulakan pada 9.00 pagi, maka acara sukan perlu dimulakan terlebih dahulu. Gambar berikut menunjukkan sebahagian daripada acara sukan yang dipertandingkan. Anak-anak mengambil tempat di khemah masing-masing. Kelihatan kontinjen Rehal Centre sedang bersiap sedia.

Acara mengutip coklat bagi anak-anak kecil 

  

Kutip belon masuk dalam bakul

 

Kepit bola

Para ibu bapa yang memerhatikan anak-anak bersukan

 

Upacara perasmian oleh En Fahmi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

Tarian pom pom oleh tadika gabungan

 

Perbarisan tabik hormat

 

Ceria jelas terpancar walaupun di bawah terik matahari

A & W turut sama menaja temasya kali ini

Dumex turut menaja minuman untuk para peserta dan tetamu

Gerai Ana Muslim

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 yang turut memberikan kerjasama yang membanggakan dalam menjayakan program.

Ibu bapa Tadika Rehal Centre yang sanggup berpanas di tengah padang menyokong setiap acara yang dipertandingkan bagi memastikan Rehal Centre mendapat pingat bagi setiap acara.

Saya dan isteri di hadapan anak-anak kesayangan kami

Walaupun dalam keadaan cuaca panas, program telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Cuma pihak kami agak terkilan dengan Yang Berhormat Dr Amran Kasimin yang secara tidak profesionalnya tidak menghadirkan diri untuk merasmikan majlis seperti yang diharapkan menyebabkan acara tertangguh selama sejam.

 





MENU UTAMA

REHAL POLL
Apakah kreteria paling penting TASKA pilihan anda ?
 
Visitor
371823
Today322
Yesterday400